Jawatan kosong di Perbendaharaan Malaysia - 26 Jun 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut: 


Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR GRED SETARA 41


SYARAT LANTIKAN:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

1) Graduan tempatan dan luar negara berumur tidak melebihi 28 tahun pada
tarikh tutup iklan jawatan.

2) Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya dalam mana-mana bidang seperti berikut:

a) Ekonomi;

b) Perakaunan dan Kewangan;

c) Pentadbiran Perniagaan;

d) Ekonometrik;

e) Matematik; atau

f) Sains Aktuari.

3) Memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.00 ke atas atau yang setaraf dengannya.

4) Cemerlang dari segi penulisan dan komunikasi Bahasa Melayu dan Inggeris.

5) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT TAMBAHAN:

1) Calon-calon dengan kelayakan pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan
Malaysia sahaja. Senarai bidang dan pusat pengajian tinggi luar negara/
tempatan yang diiktiraf boleh disemak di portal JPA
(http://pengiktirafan.jpa.gov.my/);

2) Belum berkahwin;

3) Berpengetahuan dan mahir dalam penggunaan aplikasi Microsoft Office;

4) Berupaya bekerja di bawah tekanan waktu dan sentiasa menepati ‘deadline’
dan sanggup bekerja di luar waktu pejabat termasuk cuti hujung minggu dan
cuti umum;

5) Berkebolehan tinggi dalam pengurusan, komited dan mampu bekerja dalam
kumpulan, fleksibel, proaktif dan berkemampuan bekerjasama dengan semua
lapisan anggota dan perhubungan dengan agensi luar; dan

6) Mempunyai personaliti yang baik.

Pemohon boleh menghantar resume dan salinan sijil-sijil yang telah disalrkan kepada:

Setiausaha
Bahagian Pin.iaman Perumahan
Perbendaharaan Malaysia
No 9, Kompleks Kementerian Kewangan
Persiaran Perdana Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya
(u.p: Encik Hatta Bin Said)


Tarikh Tutup : 26 Jun 2015




Jawatan kosong di Perbendaharaan Malaysia

Kerja Kosong Terkini di Perbendaharaan Malaysia

Previous Post Next Post