Pemohon adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan di Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang seperti berikut:-
Jawatan:-
1. SETIAUSAHA SYARIKAT
Tarikh tutup permohonan : 04 Februari 2016
Latar Belakang
Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) ditubuhkan pada 27 Disember 1965 melalui Enakmen LKNP Bil. 12/65 dengan tanggungjawab utamanya bagi meningkat, mendorong, memberi kemudahan serta menjalankan usaha-usaha pembangunan ekonomi dan sosial negeri terutamanya di kawasan luar bandar.
Peranan dan aktiviti utama PKNP dan Kumpulan adalah tertumpu kepada sektor-sektor berikut:
- Bahagian Perindustrian
- Pembangunan Hartanah
- Pembangunan Pusat Pertumbuhan Baru & Bandar Baru
- Pelaburan
- Pembangunan Usahawan Bumiputera