Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan bertaraf Tetap dan Kontrak di Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dan keutamaan kepada Anak Negeri Selangor.
Jawatan:
1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29
2. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
3. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J17
4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17
5. PEMBANTU KHIDMAT PELANGGAN N17
6. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17
7. PEMBANTU SYARIAH LS17
8. PEMBANTU AWAM H11
9. PEMANDU KENDERAAN H11
10. PEMBANTU OPERASI N11
Tarikh tutup permohonan : 12 Februari 2016
Sejarah
Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor pada awalnya berada di Bangunan Sultan Abdul Aziz Samad yang terletak di Kuala Lumpur berhadapan dengan Dataran Merdeka.
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di Shah Alam mula dibina pada tahun 1977. Pembinaan telah dibuat melalui 2 peringkat. Peringkat pertama mengandungi Podium Utara dan peringkat ke 2 mengandungi Podium Selatan serta Blok Menara.
Jumlah luas lantai keseluruhan bangunan ini ialah 578,250 meter persegi. Peringkat pertama yang mengandungi Podium Utara telah siap dan digunakan sejak 1hb Januari 1981.