Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia, keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor seperti berikut:-
Jawatan:
1. JURUTERA AWAM J41
2. PENOLONG JURUUKUR JA29
3. PENOLONG AKAUNTAN W27
4. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J17
5. PEMBANTU KEMAHIRAN H17
6. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17
7. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N17
8. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17
9. PEMBANTU OPERASI N11
10. PENGHANTAR NOTIS N11
11. PEMANDU KENDERAAN H11
12. PEMBANTU AWAM H11
13. PEKERJA SAMBILAN HARIAN
2. PENOLONG JURUUKUR JA29
3. PENOLONG AKAUNTAN W27
4. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J17
5. PEMBANTU KEMAHIRAN H17
6. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17
7. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N17
8. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17
9. PEMBANTU OPERASI N11
10. PENGHANTAR NOTIS N11
11. PEMANDU KENDERAAN H11
12. PEMBANTU AWAM H11
13. PEKERJA SAMBILAN HARIAN
Tarikh tutup permohonan : 14 Mac 2016
Latar Belakang PKNS
Bagi merealisasikan masa depan yang lestari, ibu pejabat baharu Laman PKNS di Shah Alam dibina sebagai mercu tanda ikonik, satu simbol progresif dan dinamik dengan penggunaan tenaga yang lebih cekap berbanding pejabat konvensional. Ianya mesra alam dan aspirasi PKNS untuk mencapai pentauliahan Indeks Bangunan Hijau (GBI) Platinum.
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor ( PKNS ) telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor ( 1964 ) sebagai sebuah badan berkanun dan agensi pembangunan negeri Selangor.
Penubuhannya bertujuan untuk mengisi kemerdekaan Negara menerusi pengagihan ekonomi yang adil dan pertumbuhan sosio-ekonomi yang berpandukan kepada dasar-dasar kerajaan agar dapat mewujudkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial khususnya di Selangor.
Harapan ini dilaksanakan menerusi pembangunan pusat pertumbuhan baru, penerokaan kawasan kediaman yang vibran dan lestari, pembangunan pusat-pusat perindustrian, perniagaan dan pelbagai aktiviti pelaburan.