Jawatan Kosong di PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim - 11 Feb 2016

Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi segera kekosongan Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim



Jawatan:

1. PEMBANTU AWAM H11


Syarat Lantikan:

(i) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan (Gaji Permulaan ialah pada Gred
H11:RM850.00); dan

(ii) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.

Deskripsi Tugas:

Kebersihan

1. Mengutip sampah di dalam dan sekitar pejabat.

2. Mencuci tandas pejabat.

3. Menyapu, Mengemop dan membersihkan pejabat.

4. Bertanggungjawab memastikan pejabat sentiasa berada dalam keadaan
bersih dan terurus.


Menyediakan Minuman

1. Menyediakan minuman kepada kakitangan.

2. Menyediakan minuman kepada ahli mesyuarat.


Lain-lain

1. Menjalankan tugas-tugas lain sepertimana yang diarahkan oleh Ketua

Bahagian dan pegawai-pegawai atasan.

Cara Memohon:

a. Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar resume ke alamat berikut sebelum
atau pada 11 Februari 2016:-

Pihak Berkuasa Tempatan,
Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim,
01-02 KHTP Administrative Centre,
Kulim Hi-Tech Park,
09000 Kulim,
Kedah Darul Aman.




Jawatan Kosong Terkini 2015 di Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim http://mehkerja.blogspot.my/


Latar Belakang

Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustran Hi-tech Kulim (PBT TPHTK) secara rasminya ditubuhkan pada 1 April 1995 dibawah Seksyen 7, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Struktur organisasi PBT TPHTK berdasarkan "Modified Local Authority Model" yang digunakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang, Johor Darul Takzim tetapi berbeza dari segi perlaksanaan membuat keputusan dimana semua keputusan dari segi pentadbiran, teknikal, penilaian dan kewangan juga proses kelulusan pelan-pelan bangunan dan lain-lain yang berkaitan diputuskan pada peringkat Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi PBT TPHTK.

Previous Post Next Post