Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysiar dalam jawatan seperti berikut :-
Jawatan:
1. EKSEKUTIF PENYELIDIK GRED : S41
2. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK GRED : S27
3. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED : F29
Tarikh Tutup Permohonan : 30 April 2016
2. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK GRED : S27
3. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED : F29
Tarikh Tutup Permohonan : 30 April 2016
Kerja Kosong Terkini IYRES
Mengenai IYRES
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) ialah sebuah pusat penyelidikan nasional, di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan, yang menjalankan kajian terhadap pelbagai aspek pembangunan belia dan kaitannya dengan perubahan yang berlaku diperingkat nasional, rantau dan antarabangsa.
Untuk mencapai matlamatnya, IPPBM akan melaksanakan pelbagai jenis program penyelidikan, menganjurkan persidangan, bengkel, syarahan dan seminar; menerbitkan Jurnal dan Monograf mengenai hasil penyelidikan serta mewujudkan program pendidikan dan latihan. Institut ini juga akan menyediakan kemudahan penyelidikan yang pelbagai, termasuklah sebagai sebuah pusat sumber dan data mengenai pembangunan belia.
IPPBM telah dilancarkan oleh Mantan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi pada 15 Mei 2005 bersempena dengan Hari Belia Malaysia dan dikuatkuasakan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.