Jawatan Kosong di Majlis Daerah Pasir Mas - 19 April 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Kelantan Darul Naim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan di Majlis Daerah Pasir Mas :-



Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27

2. PEMBANTU TADBIR N17


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh tutu permohonan : 19 April 2016



Jawatan Kosong Terkini 2016 di Majlis Daerah Pasir Mas http://mehkerja.blogspot.my/


Latar Belakang Pasir Mas

Mengikut sejarah kewujudan Pasir Mas, sebuah penempatan telah dibuka oleh Che Leh Ismail atau lebih dikenali sebagai Che Leh Tok Pendekar. Beliau telah dipaksa ke Pasir Mas setelah tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan bagi tujuan membina istana. Pada masa itu, terdapat seorang guru agama dari Bachok, datang untuk mengajar kelas keagamaan di Pasir Mas.

Pasir Mas merupakan satu daripada 10 jajahan di Negeri Kelantan terletak dibahagian utara Negeri Kelantan, bersempadan dengan jajahan Tumpat di sebelah Utara, Tanah Merah di sebelah selatan, Sungai Kelantan dan jajahan Kota Bharu di sebelah Timur dan Jajahan Sungai Golok, Thailand di sebelah Barat.

Guru agama itu kemudiannya pulang semula ke Bachok setelah selesai mengajar tetapi selang beberapa hari setelah kepulangan guru itu, secara tiba-tiba muncul 3 biji mangkuk emas dari dalam semak. Mangkuk ini kemudiannya berpusing membentuk pusar di sekitar semak dan secara tidak langsung, penduduk yang melihat kejadian itu menjerit ‘Mas! Mas!’. Perkataan pasir terbit kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing sungai Kelantan, terdapat beberapa longgokkan pasir sehingga membentuk padang yang luas. Pasir Mas adalah cantuman dari perkataan Pasir dan Mas.

Rujukan
  • http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?ttl_id=42&spesifik_id=149&section=sm03
  • Mohamed Roselan Abdul Malek, (1998). Kesan sejarah dan tempat-tempat menarik: Negeri Kelantan Darul Naim. Selangor : Oscar Book International.
  • Mohamed Roselan Abdul Malek, (1993). Negeri Kelantan Darul Naim. Selangor: Penerbit Prisma Sdn. Bhd.
  • Asmad, (1987). Kelantan. Melaka : Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd.
  • Mustafa Ali Mohamed, (1987). Kelantan Darul Naim. Selangor : Pelanduk Publications
Previous Post Next Post