Jawatan Kosong di Lembaga Pembangunan Tioman - 20 May 2016

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa memohon jawatan di Lembaga Pembangunan Tioman seperti berikut :



Jawatan:

1. PENOLONG JURUTERA JA29

2. PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) JA19

3. PEMBANTU LAUT A19


Tarikh Tutup Permohonan : 20 May 2016







Sejarah Penubuhan Organisasi

Pada 19 Mac 1997 Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) telah bersetuju perbadanan khusus ditubuhkan bagi mentadbir Pulau Tioman. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Ogos 1997 bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan Perbadanan Pulau Tioman. Pulau Tioman juga tidak dimasukkan di bawah Lembaga Pembangunan dan Pengurusan Pulau Peranginan yang akan diwujudkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Lembaga Pembangunan Tioman telah ditubuhkan pada 19 November 1997 di bawah Enakmen Bil. 7/1997 oleh Kerajaan Negeri Pahang. Lembaga ini telah memulakan operasinya pada 1 Januari 1998 dengan penjawatan seramai 12 orang sahaja. Lembaga Pembangunan Tioman pada asalnya beribu pejabat di Tingkat 4, Wisma Sri Pahang Kuantan. Kemudian pada penghujung tahun 1998, ibu pejabat Lembaga Pembangunan Tioman telah dipindahkan ke alamat A 145-147, Tingkat 1 & 2, Lorong Tun Ismail 6, Sri Dagangan 25000 Kuantan.

Sebelum penubuhannya sebagai sebuah organisasi, pembangunan Pulau Tioman adalah di bawah tanggungjawab Majlis Daerah Rompin. Namun demikian, sewaktu Tun Dr Mahathir memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia beliau telah mengumumkan bahawa Pulau Tioman akan dibangunkan secara aktif sebagai Pulau Bebas Cukai maka tertubuhlah Lembaga Pembangunan Tioman.

Previous Post Next Post