Pemohonan adalah dipelawa daripada Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan berkelayakan sahaja untuk memenuhi jawatan berikut :
Jawatan:
1. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U41 - 1 Kekosongan
2. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29 - 1 Kekosongan
3. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W29 - 1 Kekosongan
4. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19 - 4 Kekosongan
5. PEMBANTU TADBIR N19 - 6 Kekosongan
6. PEMBANTU AWAM H11 - 7 Kekosongan
7. PEMANDU KENDERAAN H11 - 3 Kekosongan
2. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29 - 1 Kekosongan
3. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W29 - 1 Kekosongan
4. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19 - 4 Kekosongan
5. PEMBANTU TADBIR N19 - 6 Kekosongan
6. PEMBANTU AWAM H11 - 7 Kekosongan
7. PEMANDU KENDERAAN H11 - 3 Kekosongan
Setiap permohonan mesti dimasukkan ke dalam sampul surat serta nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat.
Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Teluk Intan,
Jalan Speedy,
36000 Teluk Intan,
Perak Darul Ridzuan.
Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Teluk Intan,
Jalan Speedy,
36000 Teluk Intan,
Perak Darul Ridzuan.
Tarikh tutup permohonan : 25 May 2016
Geografi
Bandar Teluk Intan di 4`Utara dan 101.5 `Timur , di sebelah pantai Barat Semenanjung Malaysia. Terletak di selatan negeri Perak, merupakan pusat pentadbiran bagi Hilir Perak.
Bandar Teluk Intan di lingkungi oleh aliran Sungai Perak dan Sungai Bidor. Bandar ini adalah bandar yang terbesar sekali di selatan Perak berbanding dengan Kampar, Tapah, Hutan Melintang dan Bagan Datoh.
Sungguhpun di luar Lebuh raya Utara Selatan, bandar Teluk Intan terus hidup dan pesat membangun. Dari segi kedudukan bandar di Malaysia, Teluk Intan menduduki tempat ke-17. Di Perak menduduki tempat ketiga. Ini menunjukkan bandar ini sangat penting.
Bandar terdekat ialah Sabak Bernam, Bagan Datoh, Bidor, Tapah, Kampar dan Lumut. Bandar ini disambungkan dengan Lebuh raya Kayan ke Manjung, Lumut dan Pulau Pangkor. Laluan ke Tapah dan Bidor.
Asal - Usul Nama Teluk Intan
Teluk Mak Intan.
Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan.
Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya.
Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.