Jawatan Kosong di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah - 12 Julai 2016

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan berikut di pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah:-



Jawatan:

1. PEMANDU KENDERAAN H11


Syarat Lantikan:

i) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan;

ii) Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu
dalam tempoh percubaan (P)] dan

iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara
kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

iv) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

v) Berkebolehan bertutur, mambaca dan menulis dalam Bahasa
Melayu dengan baik.


Tarikh Tutup Permohonan : 12 Julai 2016






Latar Belakang JHEAIK

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah merupakan sebuah agensi perlaksana dasar dan memberi pimpinan pentadbiran serta bertanggungjawab bagi menyediakan program, skim atau projek untuk pertimbngan majlis bagi mengeluarkan panduan, dasar atau penerangan mengenai keputusan-keputusan kepada jabatan.

Jabatan ini juga bertanggungjawab mentadbir umat islam di negeri ini dalam semua hal dan juga untuk merancang serta merumus  dan menyelaras segala dasar dan maklumat berhubung dengan agama islam di samping menentukan bahawa dasar tersebut dijalankan dengan cekap dan sempurna.

Previous Post Next Post