Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan kosong dan keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.
Jawatan:
1. PEMBANTU PENILAIAN GRED W19 - 3 Kekosongan
2. PEMBANTU AKAUNTAN GRED W19 - 1 Kekosongan
2. PEMBANTU AKAUNTAN GRED W19 - 1 Kekosongan
Cara Memohon:
( i ) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Rasmi ( MDS.PKDM 1/97 pindaan 2015) yang boleh diperolehi di Kaunter Aras Satu, Majlis Daerah Selama Majlis Daerah Selama atau melalui laman web: www.mdselama.gov.my (Link disedikan di bawah untuk muatturun borang)
( ii ) Borang Rasmi MDS.PKDM 1/97 pindaan 2015 boleh diperolehi di Kaunter Aras Satu, Majlis Daerah Selama.
( iii ) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil akademik, Kad Pengenalan, Surat Beranak / Sijil Kelahiran, yang telah disahkan dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport.
( iv ) Permohonan calon-calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini dan disahkan oleh Ketua Jabatan disertakan bersama. Permohonan yang tidak menurut peraturan dalam borang akan ditolak.
( v ) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat:-
YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH SELAMA,
34100 SELAMA
PERAK DARUL RIDZUAN.
Tarikh tutup permohonan : 12 Ogos 2016
Klik Muatturun Borang Jawatan 1
Klik Muatturun Borang Jawatan 2
Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini
Kerja Kosong Terkini Negeri Perak
Latar Belakang
- Ianya dikenalpasti beropersi semenjak awal 1950-an lagi.
- Pada tahun 1948, berlakunya darurat, maka wujud kawasan-kawasan perkampungan Melayu dan Cina dikawasan Redang Panjang, Bagan Baru, Sungai Terap, Kubu Gajah dan Rantau Panjang.
- Perkampungan Baru dinamakan untuk perkampungan Melayu dan Local Council untuk perkampungan Cina.
- Pada tahun 1952, Majlis Daerah Selama lebih dikenali sebagai Lembaga Bandaran Selama (Town Board) dibawah Local Authorities Election Ordinance.
- Pada tahun 1953, Lembaga Bandaran Selama (Town Board) dikenali sebagai Majlis Tempatan yang meliputi semua kawasan (Kampung Baru dan Local Council) dibawah Local Council Ordinance.
- Majlis Tempatan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan Ahli Jawatankuasanya adalah dari kalangan penduduk-penduduk tempatan yang dipilih melalui pilihanraya Kerajaan Tempatan.
- Semasa ini ianya bernaung secara langsung dibawah Kerajaan Negeri.
- Pada 28hb. Oktober, 1964, Suruhanjaya Diraja dibawah Athi Nahappan telah ditubuhkan untuk menyiasat perjalanan Penguasa-penguasa Tempatan di Malaysia Barat.
- Salah satu cadangan yang telah dibuat iaitu mencantumkan antara Penguasa Tempatan dengan beberapa Penguasa Tempatan yang lain untuk menjadikan satu identiti.
- Pada tahun 1965, berlaku kucar-kacir dalam pentadbiran Majlis-Majlis Tempatan dan juga pembatalan pilihanraya Kerajaan Tempatan.
- Berikutan dari pembatalan pilihanraya itu, Kerajaan Tempatan dan Ahli-Ahli Jawatankuasa dilantik oleh Kerajaan Negeri dan Pengerusinya dilantik oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa dengan persetujuan oleh Kerajaan Negeri.
- Pada akhir 1960-an, Lembaga Bandaran Selama dan semua Majlis-Majlis Tempatan dalam Daerah Selama dikenali sebagai Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan bagi Selama dan cawangan.
- Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan pada dasarnya sebuah badan yang berotonomi kewangan dan dibantu oleh Kerajaan Negeri melalui Geran Pelancaran dan Geran Tahunan.