Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) - 2 Sept 2016

Kami menjemput sesiapa yang berminat dan berkelayakan untuk memohon kekosongan jawatan di Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) seperti berikut;



Jawatan:


1. PEMANDU KENDERAAN GRED R3


Syarat Kelayakkan:

Warganegara Malaysia;

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

Pentaksiran Tingkatan 3 / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kecuali lesen memandu dalam tempoh  percubaan (P); dan keutamaan untuk skim perkhidmatan ini akan diberikan kepada pemegang lesen PSV atau GDL.

Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan.
  


Cara Memohon:
 
Pemohon hendaklah menghantar permohonan secara bertulis berserta resume yang lengkap berserta maklumat seperti berikut:

• Butiran Peribadi

• Butiran Untuk Dihubungi

• Kelayakan Akademik

Pengalaman Yang Berkaitan

Permohonan yang telah lengkap mestilah disertakan dengan gambar berukuran pasport (tidak  dikembalikan) serta salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:-

• Kad Pengenalan

• Sijil Kelahiran

• Sijil-sijil akademik yang berkenaan

• Sijil-sijil atau dokumen lain yang berkaitan

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


Calon-calon boleh mengemukakan permohonan tersebut kepada;

Naib Canselor,
Universiti Sultan Azlan Shah
Bukit Chandan,
33000 Bandar Diraja Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan.
(u.p : Jabatan Sumber Manusia)
 
Tel: 05-7732253



Tarikh tutup permohonan : 02 September 2016



Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS)

Kerja Kosong Terkini Negeri Perak


Sejarah Penubuhan USAS

KUISAS (dulu KISDAR) adalah hasil cetusan idea Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibuddin Shah pada tahun 1986. Ia kemudiannya direalisasikan pada tahun 1999 dengan kampus sementara yang terletak di Jalan Datuk Seri Shaari, Off Jalan Raja DiHilir, Ipoh dan dirasmikan oleh baginda pada 16 Oktober 1999. KISDAR telah ditubuhkan di bawah Enakmen Bil. 3 Tahun 2000, Enakmen Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Enakmen ini telah dibentang dan diluluskan oleh Dewan Negeri Perak pada 19 November 2001 dan telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak pada 6 Mac 2002.

Pada 8 Februari 2006, Kerajaan Negeri Perak telah meluluskan kerja-kerja pembinaan kampus tetap KISDAR (sekarang KUISAS) di atas sebidang tanah yang diwakafkan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di Chandan Putri, Kuala Kangsar. Kampus tetap dengan kos pembinaan mencecah RM66 juta ini kemudiannya siap pada tahun 2008.

Previous Post Next Post