Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dalam jawatan seperti berikut :-
Jawatan:
1. PENYELIA
Cara memohon:
Surat permohonan dan resume boleh dihantar ke:-
Bahagian Sumber Manusia & Latihan
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor
Tingkat 10-11, Wisma PKPS
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40675 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
(U.P : Encik Che Ahmad Zakinor Bin Che Rusle)
No. Tel : 03-551 92621
No. Fax : 03-551 92625
Laman Web : www.pkps.gov.my
atau
Email : admin@pkps.gov.my
*Sila baca syarat kelayakkan dan maklumat lain melalui link di bawah sebelum memohon.
Tarikh tutup permohonan 29 August 2016
Sejarah Penubuhan
Lembaga Pinjaman Padi Negeri Selangor (LPPNS) telah ditubuhkan pada tahun 1966 dan berperanan untuk menebus tanah-tanah sawah, memberi pinjaman kepada petani-petani untuk membeli tanah-tanah sawah dan memberi pinjaman bagi pembelian jentera untuk kegunaan di sawah-sawah. LPPNS telah dibubar dan digantikan dengan penubuhan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS).
PKPS ditubuhkan pada 2 Januari 1972 di bawah Enakmen No. 12 1972 (pindaan 1976,1982 dan 2005) dan bermula beroperasi pada 1 Mac 1973. PKPS bertanggungjawab untuk memajukan industri perladangan dan asas tani bagi meningkatkan pembangunan sosio ekonomi Negeri Selangor disamping menjalankan projek-projek komersil untuk faedah rakyat.
Walaupun nama telah ditukar namun aktiviti berkenaan penanaman padi masih diteruskan. Pada masa yang sama, PKPS turut terlibat dalam projek-projek pertanian komersil dan program pembangunan ladang kelapa sawit untuk rakyat negeri Selangor seperti Rancangan Revolusi Hijau Bukit Cherakah, Rancangan Tanah Terbiar Kachong Darat dan Rancangan Tanah Belia Busut.
PKPS dalam tempoh 2010 hingga 2014 adalah ke arah mengembangkan aktiviti komersil dengan memperluaskan kawasan penanaman kelapa sawit, tanaman getah, pengeluaran buah-buahan tempatan seperti belimbing besi, tembikai, betik, jambu batu, rambutan, pulasan dan lain-lain lagi. Projek ternakan ayam berteknologi tinggi, projek ternakan tenusu lembu dan projek ternakan ikan air tawar. Pengembangan aktiviti ini adalah sebagai sumbangan kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri Selangor.