Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang
Jawatan:
1. PENOLONG PUSTAKAWAN S29
Syarat-syarat Lantikan:
Calon-calon lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
Warganegara Malaysia
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
(a) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau
(b) Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau
(c) Diploma Pengurusan Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya.
dan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C ) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Deskripsi Tugas:
Mengendali pembangunan sumber maklumat, pendokumentasian dan pengurusan maklumat, penyediaan perkhidmatan dan kemudahan kepada pengguna perpustakaan. Melaksanakan aplikasi ICT di perpustakaan, mengendali pemuliharaan dan keselamatan sumber maklumat serta membantu kerja kewangan.

*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Tarikh tutup permohonan : 13 September 2016
Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini
Sejarah Penubuhan
Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) telah memulakan perkhidmatannya pada bulan Januari 1973 sebaik sahaja ia mengambil alih pengurusan Penang Library sebuah perpustakaan langganan yang pertama di Malaysia yang mula memberi perkhidmatan perpustakaan semenjak tahun 1817. Enakmen PPAPP 1972 yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 7hb Ogos 1972 menetapkan PPAPP sebagai sebuah badan yang berkuasa untuk menyediakan kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan awam bagi masyarakat di negeri Pulau Pinang dan memperluaskan penggunaan maklumat-maklumat dan bahan-bahan perpustakaan di dalam negeri ini.
PPAPP kini mempunyai satu jaringan rangkaian perpustakaan elektronik yang mampu menampung keperluan rakyat Pulau Pinang merapatkan jurang ilmu dan mengurangkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar di mana setiap perpustakaan dapat dihubungi secara atas talian. Kini PPAPP mempunyai sebuah perpustakaan pusat di Seberang Jaya, 5 buah perpustakaan cawangan iaitu di George Town, Balik Pulau, Bukit Mertajam, Jawi, Bertam dan sebuah Perpustakaan Kanak-Kanak di Jalan Scotland. Terdapat 2 buah perpustakaan Pekan di Bagan Ajam dan Simpang Ampat dan 4 buah perpustakaan di pusat membeli belah di Komtar, Mayang Mall Bayan Baru, Perda City Mall dan AEON Bukit Mertajam. Juga mempunyai 1 buah perpustakaan Digital Tasek Gelugor Perbadanan juga mempunyai rangkaian perpustakaan desa siber ilmu di seluruh pelusuk negeri Pulau Pinang berjumlah sebanyak 48 perpustakaan desa negeri dan 33 lagi yang ditubuhkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia yang kini diuruskan oleh Perbadanan.
Di samping perpustakaan statik, PPAPP juga mempunyai 12 unit Perpustakaan Bergerak yang melawati tempat-tempat yang tiada Perpustakaan Desa, di mana 2 unit daripada Perpustakaan Bergerak ini memberi perkhidmatan kepada OKU (Orang Kelainan Upaya). Terdapat kelainan dari segi koleksi dan permainan jika dibandingkan dengan Perpustakaan Bergerak yang lain. Ini ialah satu langkah pembangunan pihak Perbadanan dalam memenuhi keperluan maklumat rakyat Pulau Pinang iaitu dengan tidak mengabaikan serta membiarkan golongan kelainan upaya ini kerana mereka juga berhak untuk mendapat maklumat dan pendidikan.
MS ISO 9001 : 2008
PPAPP telah diiktiraf sistem kualiti MS ISO 9001:2008. Skop PPAPP ialah " Penyediaan Perkhidmatan Perpustakaan dan Informasi" Wawasan PPAPP serta komitmen yang tinggi terhadap kualiti oleh pengurusan dan semua lapisan warga PPAPP telah memastikan pembaharuan persijilan MS ISO 9001:2008. Dengan pencapaian ini, PPAPP berjaya membuktikan bahawa PPAPP adalah sebuah badan yang amat mementingkan kualiti dalam memastikan sistem penyampaian perkhidmatan perpustakaan kepada para pelanggan berada di tahap yang cemerlang.