Sekiranya anda seorang yang dinamik, bercita-cita tinggi serta ingin memulakan satu kerjaya di suasana yang baru dan berdaya saing, sertailah Pertubuhan ini dengan hasrat untuk mencapai visi kami selaku Peneraju Keselamatan Sosial Yang Unggul Dan Cemerlang Menjelang 2020. PERKESO mengalu-alukan semua yang berminat untuk bersama dalam memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka serta meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan demi kesejahteraan sosial pekerja.
Jawatan:
1. KETUA PEGAWAI RISIKO GRED 28
2. JURUANALISA SISTEM GRED 23
3. PENGATUR PROGRAM KOMPUTER GRED 19
2. JURUANALISA SISTEM GRED 23
3. PENGATUR PROGRAM KOMPUTER GRED 19
Tarikh tutup permohonan : 26 August 2016
Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini
Latar Belakang
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Kementerian Sumber Manusia, berperanan untuk melaksana dan mentadbir skim-skim keselamatan sosial melalui Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan. Pada 1 Julai 1985, PERKESO telah berubah statusnya kepada sebuah Badan Berkanun. Mulai 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO.
Visi
Peneraju keselamatan sosial yang unggul dan cemerlang menjelang tahun 2020.
Misi
Memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka menerusi skim-skim keselamatan sosial serta meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan demi meningkatkan kesejahteraan sosial pekerja.
Objektif
Menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada semua pekerja dan tanggungan mereka menerusi skim-skim keselamatan sosial berasaskan konsep masyarakat penyayang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara dan Wawasan 2020.