Temuduga Terbuka di Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak - 7 & 8 Sept 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak menghadiri temuduga terbuka seperti berikut :-



Jawatan:

1. PELATIH POLIS BANTUAN
( LELAKI & WANITA )


TARIKH:

7 & 8 SEPTEMBER 2016 (RABU & KHAMIS)


MASA:

8.00 PAGI


PUSAT TEMUDUGA:

IBU PEJABAT
PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK
NO.3, JALAN TAMAN KINTA TAMAN CHATEAU
30250 IPOH, PERAK


A)   KELAYAKAN DAN SYARAT – SYARAT

Telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut sistem terbuka dengan lulus enam (6) mata pelajaran iaitu dua (2) daripada mata pelajaran adalah diperingkat Kepujian termasuk Bahasa Melayu dalam satu peperiksaan ATAU dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut – turut

Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh temuduga.
Bagi Pekerja Am Kumpulan PPPNP umur tidak melebihi 30 tahun.

B)   KELAYAKAN FIZIKAL

Tinggi sekurang – kurangnya 1.67 M (Lelaki) dan 1.60 M (Perempuan) tanpa sepatu.

Berat badan sekurang – kurangnya 53 Kg.  Body Mass Index (BMI) di antara 18 – 25

Ukuran dada biasa sekurang – kurangnya 79 sm dan 84 sm semasa menarik nafas.

Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan v / 6 / 9 tanpa cermin mata atau kanta lekap (contact lens).

Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.

Tidak mempunyai sebarang kecacatan pada tubuh badan dan mental serta lulus pemeriksaan kesihatan termasuk pemeriksaan x – ray.

Boleh berkomunikasi dan menulis di dalam Bahasa Malaysia.

Bebas dari segala jenis Dadah/ Jenayah

Sedia ditempatkan di mana-mana lokasi di rangkaian Kumpulan PPPNP.

C)   SPESIFIKASI TUGAS

Menjaga Kawasan Bit, pos ladang/kilang, ibu pejabat dan lain-lain yang ditetapkan oleh pihak pengurusan PPPNP;

Menjalankan tugas-tugas rondaan di Ibu Pejabat, Kilang/Ladang dan lain-lain tempat milik Kumpulan PPPNP;

Mengeluarkan pas pelawat kepada orang awam yang memasuki Ibu Pejabat, Kilang/Ladang dan lain-lain tempat milik Kumpulan PPPNP;

Membuat pemeriksaan terhadap kenderaan yang keluar masuk di Ibu pejabat, Kilang/Ladang dan lain-lain tempat milik Kumpulan PPPNP;

Membuat laporan kenyataan yang benar dalam buku catatan, buku harian dan sebarang buku laporan.


D)   KOD ETIKA PAKAIAN

Calon-calon yang hadir dikehendaki berpakaian kemas dengan memakai kemeja lengan panjang, tali leher, seluar slack berwarna hitam dan kasut pejabat.

Calon-calon juga dikehendaki membawa kemeja-T, seluar sukan dan kasut sukan bagi tujuan ujian pemeriksaan fizikal, kawad dan kecergasan.


E)   NOTA TAMBAHAN

Calon-calon yang dipilih akan dinilai prestasinya dalam tempoh 4 bulan sebelum diserapkan sebagai anggota Polis Bantuan

Pihak Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kemalangan, kematian atau apa-apa kesan akibat daripada menjalani ujian kecergasan dan saringan air kencing pengambilan dadah terlarang.

Hanya calon-calon yang hadir sebelum jam 11.30 pagi sahaja yang dibenarkan menghadiri sesi ujian fizikal, kawad dan kecergasan.

Calon-calon yang lulus sesi ujian pemeriksaan fizikal, kawad dan kecergasan akan menghadiri Sesi Temuduga pada hari yang sama.


Maklumat Lanjut:

Calon – calon yang berminat dan memenuhi syarat – syarat dikehendaki hadir ke sesi pemilihan di pusat temuduga yang ditetapkan dengan mengemukakan sijil SPM/PMR, Resume, Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Persekolahan, lain-lain sijil yang berkaitan (salinan asal dan fotostat) dan sekeping gambar terkini berukuran passport.






Penubuhan

Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak telah diperbadankan pada Februari  1973 hasil mesyuarat antara YAB Dato’ Seri Haji Kamaruddin Bin Hj. Mohd Isa (Menteri Besar ketika itu) dengan ahli mesyuarat kerajaan negeri Perak (Exco). Sejajar dengan keputusan tersebut, penubuhan Perbadanan telah diwartakan di dalam Enakmen Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak bil. 2 tahun 1973 (asal),pin.9 (1974) dan pin. bil 7 (1981) dan mula beroperasi pada tahun 1974. Tujuan utama penubuhan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak adalah:-

Melahirkan perusahaan dan pembangunan pertanian dengan cara membuka ladang secara besar-besaran.

Bergerak sebagai badan perniagaan,perusahaan dan pembangunan pertanian hendaklah dijalankan untuk menjamin negeri dapat bekalan bahan-bahan makanan yang mencukupi.

Struktur pentadbiran PPPNP diketuai oleh YAB Meteri Besar Perak  sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah. Ahli-ahli Lembaga Pengarah pula terdiri daripada Ex-Officio iaitu:

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
Pegawai Kewangan Negeri Perak
Penasihat Undang-Undang Negeri Perak
Selain daripada itu, ahli lembaga ini juga dilantik dikalangan Ahli Dewan Undangan Negeri , Ketua-Ketua Jabatan Negeri Dan Persekutuan Serta Ahli Korporat Dan Perniagaan.

Operasi utama Perbadanan adalah dengan membuka tanah-tanah yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk dimajukan dengan projek-projek pertanian. Ladang pertama yang dibuka adalah Ladang Jalong Tinggi di Sg. Siput (U) seluas 3500 ekar dengan tanaman kelapa sawit pada tahun 1975.

Pada awal penubuhan, PPPNP bermula dengan tanaman kelapa sawit dan getah selain tanaman kontan seperti ubi kayu di Ladang Ayer Kuning pada tahun 1978. Akibat penurunan harga pasaran getah dunia pada tahun 1975, PPPNP telah menumpukan kepada pembukaan ladang kelapa sawit.

Hasil daripada usaha gigih pihak pengurusan dan warga kerja, PPPNP kini telah memiliki 25 ladang kelapa sawit termasuk sebuah ladang yang terletak di Palembang, Indonesia. Disamping itu juga PPPNP mempunyai 2 buah kilang memproses sawit yang terletak di Kg. Gajah, Perak dan juga di Palembang,Indonesia.

Tahun 2011 perbadanan telah mengorak langkah lebih jauh dengan menceburi mempelbagaikan bidang perniagaan baru iaitu:
Projek Tanaman Rock Melon
Produk Minuman & Makanan
Projek Tanaman Gaharu
Projek Ternakan Ikan Dalam Sangkar ( Usahasama dengan syarikat Trapia Malaysia)
Projek Ternakan Udang Dalam Sangkar (Usahasama dengan syarikat SBH Marine Industries)
PPPNP telah pun distruktur semula dengan melaksanakan pengkopratan dalam usaha untuk menjadikan PPPNP sebuah GLC yang terbaik di negeri Perak khususnya dan di Malaysia amnya. Proses pengkopratan ini telah melibatkan beberapa peringkat dengan menggabungkan beberapa anak syarikat dan diletakkan dibawah satu pengurusan iaitu Perak Agro Management Services Sdn. Bhd.

a) Anak-anak syarikat aktif yang terlibat ialah:
Perak Agro Corporation Sdn. Bhd.
Perak Agro Management Services Sdn. Bhd.
Ladang Jalong Sdn. Bhd.
Ladang Lekir Sdn. Bhd.

b)  Anak-anak syarikat yang tidak aktif  di struktur semula dengan melabur dalam bidang yang baru iaitu:
Perak Agro Mills Sdn. Bhd.
Perak Melon Corporation Sdn. Bhd.
Perak Agro Herbal Sdn. Bhd.
Perak Agro Forestry Sdn. Bhd.

c)  Anak-anak syarikat yang ditubuhkan selepas penstrukturan semula/ pengambilalihan iaitu:
Perak Agro Oil Palm Sdn. Bhd.
Perak Agro Farm Sdn. Bhd.
Perak Agro Aquaculture Sdn. Bhd.
Perak Agro Properties Sdn. Bhd.
Perak Agro Plantation Management Sdn. Bhd.
Forest'Secret Sdn. Bhd.
Perak Agro Marketing Sdn. Bhd.
Perak Agro Tourism Sdn. Bhd. 

Previous Post Next Post