Yayasan Terengganu mempelawa calon-calon warganegara Malaysia dengan keutamaan graduan bidang pendidikan yang masih belum bekerja di kalangan rakyat negeri Terengganu yang berkelayaakn untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
Jawatan:
1. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19
2. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19
3. GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT) DC41
4. PEMBANTU OPERASI N11
5. PEMBANTU MAKMAL C19
6. JURUTEKNIK KOMPUTER FT19
7. PEMBANTU KEMAHIRAN H19
8. PEMANDU KENDERAAN H11
2. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19
3. GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT) DC41
4. PEMBANTU OPERASI N11
5. PEMBANTU MAKMAL C19
6. JURUTEKNIK KOMPUTER FT19
7. PEMBANTU KEMAHIRAN H19
8. PEMANDU KENDERAAN H11
Tarikh tutup permohonan : 26 Oktober 2016
Sejarah Penubuhan
Yayasan Terengganu ditubuhkan pada 1 Mei 1972 di bawah Enakmen Terengganu Bil. 9 Tahun 1972 untuk membantu kerajaan memajukan industri Pendidikan di negeri ini sebagai wahana utama membangun modal insan.
Tujuan penubuhan ini termaktub dalam Enakmen berkenaan sebagai usaha untuk meningkat, memaju dan memperkembangkan peluang-peluang dan kemajuan-kemajuan pelajar rakyat negeri ini.
Hasrat penubuhan ini diterjemahkan kepada fungsi berikut:-
Menaja pelajar di institusi pengajian dan latihan kemahiran;
Membantu pelajar di peringkat persekolahan;
Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan serta latihan; dan
Menyelaras segala bentuk bantuan pelajaran kepada pelajar-pelajar Terengganu di semua peringkat pengajian.
Bagi mengurus perjalanan pentadbiran Yayasan Terengganu mengikut apa yang digariskan dalam enakmen, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) akan melantik 11 orang ahli bagi menganggotai Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Terengganu di mana tiga (3) orang adalah merupakan ahli tetap dan lapan (8) orang ahli lain dilantik oleh Raja di dalam mesyuarat.