Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mempelawa calon-calon berkelayakan, Warganegara Malaysia untuk menghadiri temuduga terbuka seperti yang dijadualkan berikut:-
Jawatan:
1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29
2. JURUTEKNIK KOMPUTER FT19
2. JURUTEKNIK KOMPUTER FT19
Tarikh temuduga terbuka :
10 NOVEMBER 2016
Masa:
8.30 PAGI
Lokasi Temuduga:
DEWAN KEMAJUAN TINGKAT 4,
KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM
Poster Temuduga di bawah
BACA : Tips Temuduga Di sini
Sejarah
Bagi merealisasikan masa depan yang lestari, ibu pejabat baharu Laman PKNS di Shah Alam dibina sebagai mercu tanda ikonik, satu simbol progresif dan dinamik dengan penggunaan tenaga yang lebih cekap berbanding pejabat konvensional. Ianya mesra alam dan aspirasi PKNS untuk mencapai pentauliahan Indeks Bangunan Hijau (GBI) Platinum.
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor ( PKNS ) telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor ( 1964 ) sebagai sebuah badan berkanun dan agensi pembangunan negeri Selangor.
Penubuhannya bertujuan untuk mengisi kemerdekaan Negara menerusi pengagihan ekonomi yang adil dan pertumbuhan sosio-ekonomi yang berpandukan kepada dasar-dasar kerajaan agar dapat mewujudkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial khususnya di Selangor.
Harapan ini dilaksanakan menerusi pembangunan pusat pertumbuhan baru, penerokaan kawasan kediaman yang vibran dan lestari, pembangunan pusat-pusat perindustrian, perniagaan dan pelbagai aktiviti pelaburan.