Jawatan Kosong di Lembaga Air Perak (LAP) - 19 Dec 2016

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak) yang berkelayakan untuk memohon mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan Lembaga Air Perak seperti berikut:-



Jawatan:

1.PENOLONG JURUTERA GRED JA29

2.PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED JA29


Cara Memohon:

Borang-borang  permohonan  jawatan  boleh  dimuat  turun  dan  dicetak  daripada  laman sesawang  Lembaga  Air  Perak - http://www.lap.com.my beserta  syarat  syarat  dan maklumat jawatan
(Link untuk muatturun Iklan & Borang disediakan di bawah)


Permohonan hendaklah sampai kepada :

PENGURUS BESAR LEMBAGA AIR PERAK
JALAN ST. JOHN,30200 IPOH.
(U/P: Unit Perjawatan).




Tarikh Tutup Permohonan : 19 December 2016 (Isnin)


Jawatan Kosong Terkini 2016 di Lembaga Air Perak (LAP)


Mengenai Kami

Lembaga Air Perak (LAP) suatu perbadanan yang ditubuhkan di bawah Enakmen Lembaga Air Perak 1988 bagi maksud menyediakan perkhidmatan bekalan air di negeri Perak. LAP telah ditubuhkan pada 1 Januari 1990. Sebelum penubuhan LAP, perkhidmatan bekalan air di Perak pada mulanya dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya Perak dan kemudiannya oleh Jabatan Bekalan Air Perak. Lembaga Air Perak yang membekalkan  air bersih untuk lebih daripada 2.5 juta orang adalah yang ketiga terbesar operator air di Malaysia selepas Selangor dan Johor.

Pengurus Besar yang dilantik oleh Lembaga Pengarah dipertanggungjawabkan untuk merancang, melaksanakan, untuk menguruskan operasi dan hal ehwal kewangan dan pentadbiran Lembaga Air Perak.

Penstrukturan semula industri air di Malaysia telah dijalankan pada tahun 2008 untuk menyelesaikan isu-isu pembiayaan CAPEX. Dengan penyusunan semula itu, operator air di Malaysia akan beroperasi sebagai sebuah entiti ringan aset. PAAB ditubuhkan sebagai satu badan khas untuk menyediakan pembiayaan CAPEX bagi agensi air milik negeri.

Previous Post Next Post