Adalah mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Rakyat Terengganu menjadi keutamaan) :-
Jawatan:
1. AKAUNTAN GRED WA41
2. JURUTERA AWAM GRED J41
3. PENOLONG JURUTERA AWAM GRED JA29
4. PENOLONG JURUTERA ELEKTRIK GRED JA29
5. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19
2. JURUTERA AWAM GRED J41
3. PENOLONG JURUTERA AWAM GRED JA29
4. PENOLONG JURUTERA ELEKTRIK GRED JA29
5. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19
Tarikh tutup permohonan : 29 December 2016
Latar Belakang
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) adalah merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang telah diperbadankan pada 12 April 1973 melalui Akta Parlimen Bil. 104/73 dengan diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.
Pada 12 Jun 1993, Kawasan Pembangunan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu seluas 209,199 hektar telah digezetkan melalui P.U.(B) 356 dan pelan warta kawasan No. PW486 sebagai sebahagian daripada kawasan KETENGAH menjadikan keseluruhan wilayah KETENGAH berjumlah 653,075 hektar atau kira-kira satu perdua daripada keluasan Negeri Terengganu.