Permohonan adalah dipelawa dari warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan
sambilan di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) seperti berikut:
sambilan di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) seperti berikut:
Positions:
1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
Syarat Lantikan :
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
e) Berkemahiran menggunakan Microsoft Office
Closing date : 12 January 2017
Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini
Latar Belakang
Politeknik Ibrahim Sultan (dahulunya dikenali sebagai Politeknik Johor Bahru) membuka pintunya kepada pelajar pada Julai 1998 di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru sebelum berpindah ke kampus tetapnya pada bulan Jun 1998. Perancangan awal penubuhan Politeknik Ibrahim Sultan bermula pada tahun 1991 dengan usaha untuk mengenalpasti tapak yang sesuai di sekitar kawasan Johor Bahru. Tapak ladang sawit seluas 100 ekar di Lot 1957, Mukim Plentong, Daerah Johor Bahru akhirnya telah dipilih memandangkan keadaan tanah yang sesuai dan lokasinya yang berhampiran dengan kawasan perindustrian Pasir Gudang.
Politeknik Johor Bahru telah bertukar nama kepada Politeknik Ibrahim Sultan sempena nama DYMM Sultan Johor pada 15 Dis. 2011. Politeknik Ibrahim Sultan ditunjangi oleh 6 jabatan iaitu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer dan Jabatan Pengajian Am.