Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon dan mengisi jawatan secara kontrak (Contract Of Service) selama satu (1) tahun seperti di bawah di Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA).
Jawatan:
1. PEMBANTU AWAM H11
Syarat Lantikan:
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Mempunyai pengalaman sebagai pengawal keselamatan;
(iii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(iv) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.