Temuduga Terbuka Perajurit Muda Lelaki, Wanita TD dan Pemilihan Calon Wanita Kor Agama ATM - 20 Jan 2017

Tentera Darat Malaysia mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD. Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri sesi Pemilihan Akhir Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD yang akan dimaklumkan berasingan. Calon yang berjaya akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan. Syarat-syarat Lantikan adalah seperti berikut:



Jawatan:

1. PEMILIHAN PERAJURIT MUDA LELAKI, WANITA TD DAN PEMILIHAN CALON WANITA KOR AGAMA ANGKATAN TENTERA SIRI 183/43 TAHUN 2017.


Kelayakan Akademik:

* Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Lulus dalam subjek tertentu. Pernyataan Keputusan tidak diterima. (Calon SPM 2013 ke atas wajib Lulus subjek Sejarah).

* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 ke atas dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM.

* Diploma dalam bidang Kejuruteraan/ Pem Peg Perubatan/ Jururawat Terlatih diiktiraf KKM/ Juruteknologi Pergigian/ Jururawat Pergigian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM.


* Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Diploma Pelbagai Bidang (selain bidang tersebut di atas) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM – dipertimbangkan kemasukan melalui Skim SPM.



*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah



Tarikh Tutup Permohonan : 20 January 2017

Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini


Temuduga Terbuka TDM

Sejarah TDM

Sejarah Tentera Darat Malaysia bermula dengan usaha untuk menubuhkan satu pasukan pertahanan yang dianggotai oleh anak-anak Melayu.  Usaha ini bermula semenjak tahun 1902 lagi.  Banyak perbincangan oleh Raja-Raja Melayu dan Penasihat-Penasihat British telah dijalankan bagi mengujudkan pasukan ini.  Dalam tahun 1913 Almarhum DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhamad ibni Yam Tunku Antah, Almarhum DYMM Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar Shah, Almarhum Raja Di Hilir Perak, Raja Sir Chulan dan Allahyarham Undang Rembau, Datuk Abdullah bin Haji Damad telah menyuarakan hasrat menubuhkan pasukan Askar Melayu.

Hasrat Raja-Raja ini telah menjadi kenyataan apabila di dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada 23 Januari 1933, Rang Undang-Undang Askar Melayu telah diluluskan dan dikenali sebagai Undang-Undang No. 11.

Bagi menyahut seruan untuk mempertahankan ibu pertiwi, lebih dari seribu pemuda-pemuda Melayu tampil dari pelusuk tanahair telah tampil menawarkan khidmat mereka, tetapi hanya 25 orang sahaja yang berjaya dipilih sebagai pengasas Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu.  Mereka telah diarahkan untuk melapor diri ke Haig Lines (sekarang IPDA), Port Dickson untuk memulakan latihan pada 1 Mac 1933.

Skuad Pertama ini telah menjalankan latihan dengan gigih dan penuh tabah, dan pihak pegawai-pegawai British, selaku jurulatih sangat berpuas hati dengan kebolehan, kecekapan serta semangat keperwiraan yang ditunjukkan.  Pada pertengahan tahun 1934, Kompeni Percubaan telah diistiharkan sebagai berjaya dengan cemerlangnya dan layak diperbesarkan ke satu batalion yang lengkap.  Seterusnya buat julung kali, pada 4 Nov 1936, seramai empat pemuda anggota Skuad Pertama telah ditauliahkan sebagai pegawai dengan pangkat Leftenan Muda.  Mereka adalah No. 8 Ariffin bin Haji Sulaiman, No. 12 Ibrahim bin Sidek, No 13 Ismail bin Tahar dan No. 25 Raja Lope Nor Rashid bin Raja Abdul Rahman.

Dengan tercetusnya peprangan di Eropah pada 3 Sep 1939, latihan anggota Askar Melayu telah dipertingkatkan dan kekuatannya diperbesarkan.  Pada 1 Dis 1941, Batalion Kedua Askar Melayu telah ditubuhkan bagi menghadapi serangan Tentera Jepun yang sedang mara.  Kompeni A, Batalion Kedua adalah unit Askar Melayu pertama menentang Tentera Jepun yang mendarat di Pantai Cinta Berahi (sekarang Pantai Cahaya Bulan), Kelantan pada 8 Dis 1941.  Kekuatan Tentera Jepun yang berlipat ganda telah memaksa Kompeni tersebut berundur ke Kuala Krai dan seterusnya Singapura.  Di Singapura, Batalion Pertama dan Kedua Askar Melayu telah berjuang bersama Tentera British menentang kemaraan musuh.  Askar Melayu telah berjuang dengan penuh semangat di sekitar kawasan Pasir Panjang, Buona Vista, Labrador dan Alexander.

Previous Post Next Post