Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan kosong dan keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.
Jawatan:
1. PEMBANTU AWAM H11
Tarikh tutup permohonan : 31 Mac 2017
Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini
Kerja Kosong Terkini Negeri Perak
Latar Belakang
- Ianya dikenalpasti beropersi semenjak awal 1950-an lagi.
- Pada tahun 1948, berlakunya darurat, maka wujud kawasan-kawasan perkampungan Melayu dan Cina dikawasan Redang Panjang, Bagan Baru, Sungai Terap, Kubu Gajah dan Rantau Panjang.
- Perkampungan Baru dinamakan untuk perkampungan Melayu dan Local Council untuk perkampungan Cina.
- Pada tahun 1952, Majlis Daerah Selama lebih dikenali sebagai Lembaga Bandaran Selama (Town Board) dibawah Local Authorities Election Ordinance.
- Pada tahun 1953, Lembaga Bandaran Selama (Town Board) dikenali sebagai Majlis Tempatan yang meliputi semua kawasan (Kampung Baru dan Local Council) dibawah Local Council Ordinance.
- Majlis Tempatan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan Ahli Jawatankuasanya adalah dari kalangan penduduk-penduduk tempatan yang dipilih melalui pilihanraya Kerajaan Tempatan.
- Semasa ini ianya bernaung secara langsung dibawah Kerajaan Negeri.
- Pada 28hb. Oktober, 1964, Suruhanjaya Diraja dibawah Athi Nahappan telah ditubuhkan untuk menyiasat perjalanan Penguasa-penguasa Tempatan di Malaysia Barat.
- Salah satu cadangan yang telah dibuat iaitu mencantumkan antara Penguasa Tempatan dengan beberapa Penguasa Tempatan yang lain untuk menjadikan satu identiti.
- Pada tahun 1965, berlaku kucar-kacir dalam pentadbiran Majlis-Majlis Tempatan dan juga pembatalan pilihanraya Kerajaan Tempatan.
- Berikutan dari pembatalan pilihanraya itu, Kerajaan Tempatan dan Ahli-Ahli Jawatankuasa dilantik oleh Kerajaan Negeri dan Pengerusinya dilantik oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa dengan persetujuan oleh Kerajaan Negeri.
- Pada akhir 1960-an, Lembaga Bandaran Selama dan semua Majlis-Majlis Tempatan dalam Daerah Selama dikenali sebagai Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan bagi Selama dan cawangan.
- Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan pada dasarnya sebuah badan yang berotonomi kewangan dan dibantu oleh Kerajaan Negeri melalui Geran Pelancaran dan Geran Tahunan.