Jawatan Kosong di Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) - 2 April 2017

Permohonan adalah dipelawa daripada semua Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut di Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) :



Jawatan:


1. JURUTERA (PROJEK)


2. PENDAWAI (ELEKTRIK) 


3. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK  


Cara memohon:

Permohonan hendaklah dibuat melalui borang jawatan kosong yang boleh didapati melalui website www.tesdec.edu.my dan disertakan dengan maklumat peribadi (resume), salinan sijil-sijil berkaitan, slip gaji terkini, dan sekeping gambar berukuran passport (sila lekatkan pada borang permohonan). Borang permohonan boleh di muatturun melalui link yang admin sediakan di bawah.

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada :-

TESDEC GREEN ENERGY SDN BHD
KAWASAN PERINDUSTRIAN BUKIT KHOR,
21600 MARANG, TERENGGANU.
( u/p : Bahagian Sumber Manusia )


Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat di atas selewat-lewatnya 02 April 2017





Jawatan Kosong Terkini 2017 di Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) www.banyakjawatan.my


Latar Belakang

Pada awal 90-an, Kerajaan Negeri Terengganu telah melancarkan program yang dikenali sebagai Skim Latihan Sambil Bekerja (SLSB) kepada belia-beliawanis tempatan tempatan bertujuan untuk memberi pendedahan dalam pelbagai aspek pekerjaan dan seterusnya memberi peluang pekerjaan bagi meningkatkan taraf sosial.

Program tersebut telah memberi impak yang baik dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran di kalangan belia. Ekoran itu, Kerajaan Negeri menubuhkan pusat latihan berasaskan kemahiran untuk memberi peluang latihan yang lebih formal dan teratur kepada belia tempatan. Pada 14 September 1996, maka Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) telah ditubuhkan.

Previous Post Next Post