Institut Sukan Negara (ISN) adalah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang merupakan peneraju kepada pembangunan kemajuan dan kecemerlangan sains, perubatan dan teknologi sukan negara. Kecemerlangan dan kejayaan terhadap peningkatan prestasi atlet dan sukan negara menjadi fokus utama ISN kerana kejayaan melahirkan atlet bertaraf dunia adalah melalui penerapan elemen sains sukan dan perubatan sukan yang bermula dari peringkat akar umbi sehinggalah menjadi seorang atlet bertaraf dunia.
Jawatan:
1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41 (KONTRAK)
2. JURUTERA J41 (KONTRAK)
3. PEMBANTU KEMAHIRAN H19 (KONTRAK)
4. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J19 (KONTRAK)
2. JURUTERA J41 (KONTRAK)
3. PEMBANTU KEMAHIRAN H19 (KONTRAK)
4. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J19 (KONTRAK)
Sila baca syarat kelayakan sebelum membuat permohonan melalui link yang admin sediakan di bawah.
Tarikh tutup permohonan : 10 April 2017
Latar Belakang ISN
Bagi mempersiapkan pembangunan dan perkembangan aplikasi sains, perubatan dan teknologi sukan yang unggul dan bertaraf dunia, ISN telah menyediakan satu pelan perancangan jangka panjang bermula dari tahun 2013 hingga 2020 bagi menentukan hala tuju pembangunan dan perkembangan sains, perubatan dan teknologi sukan negara yang bersepadu dan menyeluruh ke arah merealisasikan hasrat Pelan Strategik KBS, Wawasan 2020 dan Misi Nasional.
Selain menjadi hala tuju KBS, penggubalan Pelan Strategik ISN 2013 – 2020 ini menjadi sangat penting kepada arena sukan negara yang sentiasa berdepan dengan cabaran kemajuan sains, perubatan dan inovasi sukan dari negara-negara lain yang sentiasa bersaing dalam kemajuan sukan negara masing-masing demi menjulang dan memartabatkan maruah negara dalam bidang sukan.
Dengan mengambil kira isu-isu dan cabaran semasa yang berkaitan dengan pembangunan dan perkembangan sukan. Satu Pelan Strategik dibentuk bagi merintis kecemerlangan dan kegemilangan melalui perancangan dan pelaksanaan program secara strategik dan terancang.