Jawatan Kosong di Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) - 21 June 2017

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), sebuah agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mempelawa calon-calon yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan dan mempunyai ciri-ciri pekerja ‘multi-tasking’ serta berkeupayaan bekerja dengan pengawasan minimum untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut: 



Jawatan:


1. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q29


Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 June 2017


Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS)

Sejarah

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah ditubuhkan pada tahun 2007 sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan di Malaysia yang berperanan sebagai sebuah pusat sehenti untuk penjanaan penghasilan dan penyebaran ilmu serta maklumat keselamatan jalaran raya. Hasil kajian yang diperolehi daripada penyelidikan dan program-program intervensi berasaskan bukti menyediakan asas untuk merumuskan strategi baru, undang-undang, dasar, dan langkah-langkah penguatkuasaan, yang mengawal keselamatan jalan raya di peringkat kebangsaan. 

Terlibat secara langsung di dalam penyelidikan, MIROS bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan tempatan dan antarabangsa dan badan-badan swasta untuk meningkatkan tahap keselamatan jalan raya, bertindak sebagai pusat sehenti bagi penjanaan dan penyebaran maklumat keselamatan jalan raya. 

Fungsi:

Menjalankan penyelidikan berimpak tinggi yang akan ditafsirkan menjadi dasar keselamatan jalan raya;

Membangunkan objektif, dasar dan keutamaan nasional untuk pembangunan dan pengurusan penyelidikan keselamatan jalan raya yang tersusun;

Menambah baik dan meningkatkan pengetahuan berdasarkan perkembangan baharu dalam isu-isu berkaitan dengan keselamatan jalan raya;

Berperanan sebagai agensi audit dan akreditasi dalam reka bentuk kurikulum dan piawaian berkaitan dengan keselamatan jalan raya;

Mengusulkan intervensi/program berasaskan bukti yang cekap dari segi kos;

Berperanan sebagai pusat pengetahuan dan penghubung berkaitan dengan keselamatan jalan raya;

Berperanan sebagai pusat rundingan dan nasihat tentang isu-isu keselamatan jalan raya.

Previous Post Next Post