Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Pelabuhan Johor sebagai :-
Jawatan:
1. PEGAWAI LAUT GRED AL41
2. PEGAWAI TADBIR GRED N41
Tarikh tutup : 21 Ogos 2017 (Isnin)
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini
Latar Belakang LPJ
Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1975 di bawah Akta Lembaga-Lembaga Pelabuhan 1963. LPJ telah memulakan operasinya pada tahun 1977 dan ianya merupakan pelabuhan Malaysia yang pertama mempunyai kawasan perdagangan bebas. Semenjak penubuhannya, LPJ telah mengalami perkembangan yang amat memberangsangkan. Pada tahun 1995, operasi pelabuhan telah diswastakan di bawah Akta Penswastaan 1990 dan bermulalah fungsi LPJ sebagai badan kawal selia terhadap operasi yang dijalankan di pelabuhan.
Di atas keperluan dan permintaan yang tinggi di samping kawasan pantai di Pasir Gudang yang terhad, pihak kerajaan telah mengambil langkah bagi membuka satu lagi pelabuhan di Tanjung Pelepas, di sebelah barat negeri Johor. Pihak kerajaan juga telah meluluskan sebuah syarikat swasta bagi merancang, membina, mengendali dan menguruskan pelabuhan tersebut. Projek pelabuhan kedua tersebut telah dimulakan pada tahun 1995. Pada tahun 1999, fasa 1 telah disiapkan dan ianya telah memulakan operasinya pada Oktober 1999.