Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak dalam jawatan seperti berikut :-
Jawatan:
1. FOOD TECHNOLOGY
Syarat Kelayakan:
i. Mempunyai asas pengetahuan Teknologi Makanan dengan pengalaman kerja dalam bidang Makanan Dan Minuman. (Khas Untuk Minuman Yang Berjus)
ii. Boleh bekerja lebih masa dan dihujung minggu.
iii. Mempunyai pengetahuan asas berkaitan Halal dan HACCP GMP
Tanggungjawab:
1. Bertanggungjawab hal berkaitan dengan RND Produk.
2. Monitor perjalanan Production.
3. Menjadi Ketua untuk kualiti kontrol bagi semua produk di bawah PAHSB.
4. Bertanggungjawab untuk menjaga pendaftaran dan pembaharuan Halal bagi semua produk di bawah PAHSB.
5. Bertanggungjawab sebagai HACCP Team Leader Untuk Audit GMP & HACCP.
Cara-Cara Memohon:
Calon-calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan secara bertulis dengan menyertakan ‘resume’ yang lengkap beserta gambar ukuran passport (tidak dikembalikan) kepada alamat berikut:
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK
NO. 3, JALAN TAMAN KINTA
TAMAN CHATEAU, 30250 IPOH,
PERAK DARUL RIDZUAN.
(U.P. BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)
Hanya calon-calon yang terpilih sahaja akan dihubungi.
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Tarikh Tutup Permohonan : 09 Oktober 2017
Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini
Sejarah Penubuhan
Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak telah diperbadankan pada Februari 1973 hasil mesyuarat antara YAB Dato’ Seri Haji Kamaruddin Bin Hj. Mohd Isa (Menteri Besar ketika itu) dengan ahli mesyuarat kerajaan negeri Perak (Exco). Tujuan utama penubuhan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak adalah:-
- Melahirkan perusahaan dan pembangunan pertanian dengan cara membuka ladang secara besar-besaran.
- Bergerak sebagai badan perniagaan,perusahaan dan pembangunan pertanian hendaklah dijalankan untuk menjamin negeri dapat bekalan bahan-bahan makanan yang mencukupi.
Sejajar dengan keputusan tersebut, penubuhan Perbadanan telah diwartakan di dalam Enakmen Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak bil.2 tahun 1973(asal),pin.9(1974) dan pin.bil7(1981) dan mula beroperasi pada tahun 1974. Operasi Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak adalah berlandaskan kepada objektif-objektif berikut :-
- Meningkatkan pertumbuhan industri pertanian negeri perak.
- Menjalankan aktiviti secara langsung dan tidak langsung bagi membantu individu,kumpulan, syarikat atau agensi dalam menggalakkan pembangunan pertanian.
Struktur pentadbiran PPPNP diketuai oleh YAB Meteri Besar Perak sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah. Ahli-ahli Lembaga Pengarah pula terdiri daripada Ex-Officio iaitu :
- Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
- Pegawai Kewangan Negeri Perak
- Penasihat Undang-Undang Negeri Perak
Selain daripada itu, ahli lembaga ini juga dilantik dikalangan Ahli Dewan Undangan Negeri , Ketua – Ketua Jabatan Negeri Dan Persekutuan Serta Ahli Korporat Dan Perniagaan.
Operasi utama perbadanan adalah dengan membuka tanah-tanah yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk dimajukan dengan projek-projek pertanian. Ladang pertama yang dibuka adalah Ladang Jalong Tinggi di Sg. Siput (U) seluas 3500 ekar dengan tanaman kelapa sawit pada tahun 1975.