Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih dari 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan bertaraf kontrak seperti berikut :
Jawatan:
1. EKSEKUTIF PEMASARAN
Tarikh temuduga terbuka 1:
09 dan 10 Oktober 2017 / Isnin dan Selasa
Masa:
Sesi pagi : 9.00 pagi hingga 1.00 petang
(pendaftaran dibuka mulai 9:00 - 11.00 pagi)
Sesi petang : 2.30 petang hingga 5:00 petang
(pendaftaran dibuka mulai 2.30 petang – 4.30 petang)
Lokasi Temuduga:
Bilik Temuduga
Jobs Malaysia, Aras 4
Bangunan UTC Melaka
Jalan Hang Tuah
75300 MELAKA
Tarikh Temuduga Terbuka 2:
16 Oktober 2017 / Isnin
Masa:
Sesi pagi : 9.00 pagi hingga 1.00 petang
(pendaftaran dibuka mulai 9:00 - 11.00 pagi)
Sesi petang : 2.30 petang hingga 4.30 petang
(pendaftaran dibuka mulai 2.30 petang – 3.30 petang)
Lokasi Temuduga:
Pejabat PTPTN Negeri (PPN) Negeri Sembilan
No. 1-L2, Seremban Gateway
Off Jalan Sungai Ujong
70200 Seremban
NEGERI SEMBILAN
Calon-calon adalah diingatkan agar tiba awal pada hari temuduga. Segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan calon-calon sendiri dan tidak akan ditanggung oleh PTPTN.
Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini
Info Koporat
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.
Fungsi:
- Menguruskan pinjaman untuk tujuan pendidikan tinggi dan mengutip bayaran balik pinjaman;
- Menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi; dan
- Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis.