Jawatan Kosong Terkini di Majlis Daerah Tanjung Malim - 30 Januari 2018

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada Rakyat Negeri Perak yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-



Jawatan:


1. PEMBANTU AWAM GRED H11


2. PEMANDU KENDERAAN GRED H11


3. PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N19


4. PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19


5. PELUKIS PELAN GRED JA19


6. PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT GRED FA29


Pada atau sebelum : 30 Januari 2018


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah




Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

 Jawatan Kosong Terkini 2018 di Majlis Daerah Tanjung Malim



Latar Belakang

1904
Pihak Berkuasa Tempatan ketika ini dikenali sebagai Batang Padang Sanitary Board dan diwartakan dibawah Warta Kerajaan No.1077/1904.

1923
Cawangan baru diwujudkan di bawah kawalan Batang Padang Sanitary Board yang dikenali sebagai Tanjong Malim Sanitary Board (TMSB) bertempat di Jalan Raja Itam ,Tanjong Malim.

1958
TMSB dirombak semula menjadi cawangan-cawangan kecil iaitu Majlis Bandaran Tanjong Malim, Lembaga Bandaran Trolak dan Majlis Tempatan (Slim River,Slim Village,Behrang Stesyen & Behrang Ulu).

1975
Penguasa-penguasa Tempatan yang terdiri dari Tanjong Malim,Trolak, Slim River,Slim Village, Behrang Stesyen dan Behrang Ulu disusun semula oleh Kerajaan Negeri dan setiap satu diberi nama lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan (LPKT).

1976

Kerajaan Persekutuan telah mewartakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) bagi menyatukan semua LPKT di seluruh negara.

1 Disember 1979
Majlis Daerah Tanjong Malim telah ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Keluasan kawasan Majlis adalah seluas 10,410 hektar dan jumlah penduduk dianggarkan 33,393 orang.

2002
Pada bulan ApriI,Pejabat Majlis Daerah Tanjong Malim telah berpindah dan beroperasi di Bandar Behrang 2020.

Previous Post Next Post