UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Cawangan Perak dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitanuntuk mengisi kekosongan jawatan Akademik dan Bukan Akademik secara Tetap/Kontrak.
Jawatan:
1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
2. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
2. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Tarikh Tutup Permohonan : 05 Februari 2018 (Isnin).
Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini
Sejarah UiTM
Sejarah Universiti Teknologi MARA bermula sebagai Dewan Latihan RIDA yang beroperasi mulai November 1956 di Petaling Jaya, Selangor. Dewan Latihan ini ditubuhkan bertujuan sebagai pusat percubaan menawarkan kursus persediaan untuk remaja luar bandar aliran Inggeris. RIDA yang merupakan singkatan bagi Rural and Industrial Development Authority, dibentuk pada tahun 1950 untuk membantu menaik taraf ekonomi penduduk bumiputera. Dewan Latehan ini merupakan inspirasi Dato' Onn bin Ja'afar, hasil dari lawatannya ke Ceylon (sekarang Sri Lanka), pada tahun 1951.
Tidak lama kemudian, iaitu pada bulan Jun 1965, Dewan Latehan RIDA diletakkan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan namanya ditukar kepada Maktab MARA. Maktab ini terus berkembang hingga menjadi unit terpenting dalam Bahagian Latihan MARA, hinggalah pada 14 Oktober 1967, Maktab MARA ini mendapat nama baru Institut Teknologi MARA (ITM).