Temuduga Terbuka di Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia (TDM) - 4 Januari 2018

Tentera Darat Malaysia mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD. Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri sesi Pemilihan Akhir Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD yang akan dimaklumkan berasingan. Calon yang berjaya akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan. Syarat-syarat Lantikan adalah seperti berikut:



Jawatan:


1. PEMILIHAN AWAL PERAJURIT MUDA LELAKI & WANITA SIRI 186/44 TAHUN 2018

2. PERAJURIT MUDA LELAKI & WANITA KOR AGAMA ANGKATAN TENTERA (KAGAT)  SIRI 186/44 TAHUN 2018


Tarikh Tutup Permohonan untuk mengisi permohonan online : 04 Januari 2018

Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini
Temuduga Terbuka 2018 di Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia (TDM)


Sejarah TDM

Sejarah Tentera Darat Malaysia bermula dengan usaha untuk menubuhkan satu pasukan pertahanan yang dianggotai oleh anak-anak Melayu.  Usaha ini bermula semenjak tahun 1902 lagi.  Banyak perbincangan oleh Raja-Raja Melayu dan Penasihat-Penasihat British telah dijalankan bagi mengujudkan pasukan ini.  Dalam tahun 1913 Almarhum DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhamad ibni Yam Tunku Antah, Almarhum DYMM Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar Shah, Almarhum Raja Di Hilir Perak, Raja Sir Chulan dan Allahyarham Undang Rembau, Datuk Abdullah bin Haji Damad telah menyuarakan hasrat menubuhkan pasukan Askar Melayu.

Hasrat Raja-Raja ini telah menjadi kenyataan apabila di dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada 23 Januari 1933, Rang Undang-Undang Askar Melayu telah diluluskan dan dikenali sebagai Undang-Undang No. 11.

Previous Post Next Post