Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:-
Jawatan:
1. PENOLONG PENDAFTAR KANAN PEMASARAN NK44
2. PENOLONG PENDAFTAR PEMASARAN NK41
3. PEGAWAI EKSEKUTIF PEMASARAN NK27
4. JURUTEKNIK ELEKTRIK DAN PENGHAWA DINGIN NK27
2. PENOLONG PENDAFTAR PEMASARAN NK41
3. PEGAWAI EKSEKUTIF PEMASARAN NK27
4. JURUTEKNIK ELEKTRIK DAN PENGHAWA DINGIN NK27
Tarikh Tutup Permohonan : 07 Jun 2018 (Khamis)
* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah
* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah
Latar belakang
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dikendalikan oleh KIAS Darulnaim Sdn Bhd (KDSB) anak syarikat Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN).
Idea Penubuhan KIAS adalah merupakan salah satu inspirasi Kerajaan Negeri yang bercita-cita memusatkan Kelantan sebagai serambi perkembangan ilmu Islam terkenal di rantau ini khususnya menerusi penyediaan institusi-institusi pengajian dalam pelbagai jurusan.
Penubuhan KIAS merupakan kesinambungan dari Pusat Pengajian Tinggi Islam (PPTIK) Nilam Puri yang telah ditubuhkan pada tahun 1965. Pusat ini kemudiannya dikenali dengan nama Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) sehinggalah pada 1 April 1981 YPTIK telah diambil alih oleh Universiti Malaya dan ditukar nama kepada Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Usaha dan kesedaran peri pentingnya pengajian Islam tidak pernah luntur apabila sekali lagi Kerajaan Negeri melalui Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah menubuhkan Maahad Ad-Dakwah Wal Imamah pada 1994 di mana idea penubuhannya dicetuskan oleh YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.