Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ialah sebuah badan Amanah Persendirian yang ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM dan didaftarkan di bawah Akta Amanah (Pemerbadanan) 1952 (pindaan 1981) (Akta 258).
Jawatan:
1. PENGURUS BESAR UNDANG-UNDANG
2. PENGURUS BESAR TEKNOLOGI MAKLUMAT
Closing date : 11 Julai 2018
2. PENGURUS BESAR TEKNOLOGI MAKLUMAT
Closing date : 11 Julai 2018
Sejarah awal AIM
Sejarah berkembangnya AIM berkait rapat dengan penubuhan Bank Grameen. Sejarah bermulanya Bank Grameen adalah apabila Dr Muhammad Yunus, Pensyarah Ekonomi di Universiti Chittagong Bangladesh menjalankan kajian pada tahun 1976 mengenai golongan miskin yang jarang melibatkan diri dalam dunia perbankan. Daripada kajiannya mendapati golongan miskin ini tidak berupaya untuk meningkatkan taraf hidup mereka adalah kerana tidak mempunyai modal yang mencukupi. Oleh itu, Prof. Yunus mencadangkan bahawa jika golongan miskin ini diberi suntikan modal pada masa dan situasi yang betul pasti akan dapat membina sebuah pembangunan yang pesat.
Prof. Yunus dengan bantuan wang peribadinya sendiri memulakan perbankan dengan golongan miskin yang mana pada masa itu, pelajarnya sendiri telah menyenaraikan hampir 42 nama mereka yang terdiri daripada golongan miskin di Kampung Jobra terletak di pinggir kampus. Mereka yang terpilih adalah golongan miskin yang difikirkan layak untuk diberi bantuan pinjaman.
Antara objektif yang dikemukakan oleh Prof Yunus pada ketika itu bagi meminjamkan wang kepada golongan miskin ini ialah memperluaskan kemudahan perbankan kepada golongan miskin, mengelakkan golongan miskin ini dari ditindas oleh lintah darat dan memberikan pinjaman kepada golongan miskin ini berdasarkan syarat yang lebih teratur dan senang difahami. Berdasarkan disiplin bayar balik yang memuaskan memberikan satu idea kepada Yunus untuk memperluaskannya kepada satu sistem perbankan yang lebih teratur.