Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam jawatan seperti berikut :-
Jawatan:
1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN & OPERASI) GRED N19 - 10 Kekosongan
1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN & OPERASI) GRED N19 - 10 Kekosongan
Cara Memohon:
Permohonan jawatan ini hendaklah dibuat SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) dengan menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan Sektor Awam (SPA8i) yang diperolehi melalui pautan link di bawah. Jika anda sudah pernah mengisi/mendaftar di SPA8i, anda hanya perlu mengemaskini pilihan jawatan sahaja.
Tarikh Tutup Permohonan : 26 Mei 2019 (Ahad) jam 11:59 malam
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Nama Asal Pulau Pinang
Pulau Pinang pada awalnya dikenali sebagai Pulau Ka Satu. Seorang pelayar yang bernama Ragam menamakan sedemikian kerana inilah satu-satunya pulau besar yang terasing yang ditemui beliau sewaktu berulang-alik berdagang dari Lingga ke Kedah. Nama Pulau Ka Satu terus digunakan sehinggalah kedatangan British pada tahun 1786. Apabila pokok pinang mula ditanam di pulau ini selepas kedatangan British, nama pulau ini ditukar kepada Pulau Pinang.
Sebelum nama Pulau Pinang menjadi popular, penduduk di Seberang Perai lebih mengenali Pulau Pinang dengan nama Tanjong Penaga sempena nama pokok penaga yang tumbuh di sekitar tapak Fort Cornwallis. Dipecayai nama ini atau singkatannya Tanjong masih digunakan dalam geran-geran tanah yang dikeluarkan oleh kerajaan sehingga tahun 1800. Malah, sehingga kini nama Tanjong begitu serasi dengan penduduk Pulau Pinang dan Seberang Perai apabila merujuk kepada Bandar Georgetown.