Jawatan Kosong Terkini di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) - 9 July 2019

Unit Perpustakaan, Institut Kefahaman Islam Malaysia, memerlukan seorang Pembantu Penyelidik (Kontrak) bagi tujuan menjalankan kerja-kerja pengumpulan data koleksi Etika di Perpustakaan IKIM khususnya koleksi dalam Bahasa Arab dan Elektronik dalam usaha memperkukuhkan pembangunan koleksi Etika di IKIM. Butiran adalah seperti berikut:



Jawatan:


1. Felow (Gred DQ48)


2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29


Sebelum atau selewat-lewatnya pada 08 - 09 Julai 2019 (Selasa)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2019 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)


Pengenalan

Senario dunia sentiasa berubah-ubah. Perubahan yang berlaku belum pernah dilihat sebelum ini. Di antara punca berlakunya perubahan ini adalah sebab-sebab perkembangan aspek-aspek teknologi, sosial, ekonomi dan politik. Kesannya, keutuhan sesuatu bangsa, sama ada umat Islam atau bukan Islam, akan teruji.

Pada hari ini, umat Islam terdapat di serata dunia. Kepelbagaian budaya dan ideologi umat Islam membawa cabaran besar terhadap pembentukan kefahaman dan interpretasi Islam sebagai satu agama dan cara hidup yang lengkap.

Agama Islam adalah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Ianya merangkumi satu sistem hidup yang menyeluruh dengan mengamalkan sikap terbuka, dinamik dan toleran.

Dalam keghairahan umat Islam untuk mengembalikan kegemilangan tamadun Islam terdahulu, mereka kini berhadapan dengan pelbagai unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam. Ini ditambah pula dengan maklumat yang disalah tafsir oleh media massa yang membawa kesan negatif kepada umat Islam.

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan untuk memberikan kefahaman Islam yang sebenarnya demi menjaga kesucian ajaran Islam yang sebenar tanpa menyentuh perkara-perkara retorik atau menyimpang dari jalan yang ditetapkan.



Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini
Previous Post Next Post