Memberikan Pembiayaan kepada anggota koperasi , menjadi agen insurans kepada syarikat-syarikat insurans Takaful dan mengendalikan insurans kepada peminjam-peminjam Bank Rakyat, perkhidmatan pembersihan di cawangan-cawangan Bank Rakyat, sewaan tanah, pengurusan harian Kafeteria dan kedai di Bank Rakyat Jalan Tangsi Kuala lumpur. Pembukaan perniagaan Ar-Rahnu dibawah franchais Ar-Rahnu X'Change PJ Old Town, Ar-Rahnu X'Change Sg Besi dan Ar-Rahnu X'Change Taman Selaseh.
Positions:
1. Pengasuh Taska Nuri
Closing date : 28 June 2019
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Sejarah
Koperasi yang mulanya dikenali sebagai Syarikat Kerjasama Kakitangan Bank Rakyat telah beroperasi sejak 23 September 1974 dan memulakan operasinya di Bangunan Bank Rakyat, Jln Tangsi Kuala Lumpur.
Walaubagaimanapun, pada 30 Jun 1997 nama koperasi ini telah ditukar kepada Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad (SEKATARAKYAT) dengan nombor pendaftaran 4958.
Keanggotaan koperasi terdiri daripada wargakerja tetap Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat), anak-anak syarikat Bank Rakyat dan kakitangan Koperasi sendiri. Bagi kakitangan Bank Rakyat yang telah bersara juga boleh meneruskan keanggotaannya. Sehingga tahun berakhir 31 Disember 2012, jumlah anggota yang berdaftar adalah seramai 3,982 orang yang mana 184 orang daripada jumlah tersebut merupakan anggota bersara.
Kecemerlangan dan kejayaan SEKATARAKYAT adalah hasil kerjasama dan sokongan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Ini telah dibuktikan dengan penerimaan Sijil Penarafan Koperasi (4 bintang) dan lebih membanggakan apabila SEKATARAKYAT berada dikedudukan ke-28 daripada 100 koperasi terbaik di Malaysia pada tahun 2010. Kedudukan ini merupakan lonjakan daripada kedudukan ke-39 pada tahun 2009.
Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini