Jawatan Kosong Terkini di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) - 24 Jun 2022

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan mempelawa Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut;



Jawatan:


1. PENGURUS PROJEK F52
Jadual Gaji : RM5,844.00– RM12,441.00


Tarikh Tutup Permohonan : 24 Jun 2022 (Jumaat)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2022 di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Join Channel Telegram - Meh Kerja
Latar Belakang

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) adalah satu entiti yang telah diperbadankan pada 1 Januari 2008. SKM sebelumnya dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia (JPK).

Di awal penubuhannya pada bulan Julai 1922, jabatan yang dikenali sebagai The Office of The Director of Co-operation ini berfungsi untuk menubuh, mendaftar dan membangunkan Syarikat Bekerjasama-sama di bawah Enakmen Syarikat Bekerjasama-sama (The Co-operative Societies Enactment 1922 [FMS Cap. 97 of 1935]) dan ditugaskan untuk memandu dan memajukan pergerakan koperasi.

Pejabat Pesuruhjaya Kemajuan Syarikat Bekerjasama-sama, Ibu Pejabat Jabatan Pembangunan Koperasi ketika itu bertempat di Taiping, Perak Darul Ridzuan. Ianya kemudian dipindahkan ke Kuala Lumpur dalam tahun 1924.

Nama Jabatan Kemajuan Kerjasama telah diubah kepada Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) dalam akhir tahun tujuh puluhan. Enakmen Tahun 1922 itu telah dimansuh dan digantikan dengan Akta Koperasi 1948 (Disemak 1983).



Previous Post Next Post