Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi jawatan-jawatan berikut :-
Jawatan:
1. PEMERIKSA KERETA MOTOR GRED AB19 - 1 Kekosongan
2. PENGHANTAR NOTIS N11 - 1 Kekosongan
3. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19 - 3 Kekosongan
4. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29 - 1 Kekosongan
5. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U41 - 1 Kekosongan
Tarikh tutup permohonan : 16 Ogos 2022 (Jumaat)
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Like Group FB - Kerja Kosong Terkini [MehKerja]
Join Channel Telegram - Meh Kerja
Pengenalan
Selaras dengan Seksyen 7(1) Akta 171 pada Julai 1997, MDKK telah mewartakan seluas 79.94 km persegi sebagai kawasan yang diperluaskan pemakaian semua Akta yang diterima pakai oleh MDKK. Kawasan MDKK mempunyai penduduk berbilang bangsa.
Pada tahun 2000 iaitu mengikut banci 2000, jumlah penduduk di Daerah Kuala Kangsar menjangkau 154, 048 orang. Keluasan Kawasan Pentadbiran Kuala Kangsar adalah 204.94 km persegi. Keluasan kawasan kawalan pula terdiri daripada 47.6 % daripada keluasan sebenar dan 157.3 % merupakan kawasan operasi yang diberikan perkhidmatan perbandaran.
Pada 18 Februari 2004, Majlis Daerah telah diberi taraf Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. MPKK berjanji menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan berkualiti kepada masyarakat. bersempena dengan motto MPKK iaitu Mengutamakan Pelanggan Komitmen Kami.
MPKK berhasrat menjadikan Kuala Kangsar sebagai " KUALA KANGSAR INDAH PERMAI ".Bagi menjamin hasrat ini tercapai, MPKK telah membentuk matlamatnya iaitu "KUALA KANGSAR BANDAR DIRAJA, BANDAR WARISAN BUDAYA".