Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) dalam jawatan seperti berikut :-
Jawatan:
1. EKSEKUTIF KEWANGAN
2. EKSEKUTIF TEKNIKAL
3. PENOLONG EKSEKUTIF PENTADBIRAN
4. PENOLONG EKSEKUTIF UNDANG-UNDANG
5. PEMBANTU EKSEKUTIF PENTADBIRAN
6. PEMBANTU EKSEKUTIF TEKNOLOGI MAKLUMAT
Tarikh tutup permohonan : 03 Januari 2023 (Selasa).
*Sila baca syarat kelayakkan dan maklumat lain melalui link di bawah sebelum memohon.
Sejarah Penubuhan
Penubuhan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) sebagai Badan Berkanun Diasingkan Saraan dan Dibebaskan adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Bil. 24 Tahun 2020 bertarikh 08 Julai 2020. Pengoperasian secara rasmi LPNPP adalah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2021 melalui pewartaan tarikh kuat kuasa Enakmen Lembaga Perumahan Pulau Pinang 2010 [Warta No. 580] yang bertarikh 24 Julai 2020. Secara umumnya, LPNPP masih menjalankan fungsi dan kuasa yang dilaksanakan oleh Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Selain daripada itu, LPNPP bertindak bagi pihak Kerajaan Negeri untuk memacu pembangunan serta melestarikan pemajuan perumahan, khususnya pembangunan rumah mampu milik dan pembangunan semula bandar di seluruh negeri Pulau Pinang.