Jawatan Kosong Terkini di Majlis Daerah Batu Gajah - 30 Disember 2022

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap berikut, keutamaan akan diberi kepada Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.  



Jawatan:


1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U32/36


2. PENOLONG JURUTERA GRED JA29


3. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19


4. PEMANDU KENDERAAN GRED H11


5. PEMBANTU AWAM GRED H11


Tarikh tutup permohonan : 30 Disember 2022 (Jumaat)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2022 di Majlis Daerah Batu Gajah

Latar Belakang

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia serta izin-Nya dapat kita bertemu di tahun baharu 2022. Masih tidak terlewat untuk saya mengucapkan selamat tahun baharu 2022 dan seperti kelazimannya kedatangan tahun baharu pasti diiringi dengan azam dan tekad baharu yang ditanam oleh setiap daripada kita. Saya mendoakan supaya setiap apa yang dihajatkan pada tahun ini akan dapat ditunaikan dan saya juga berharap agar kita semua memasuki fasa yang lebih baik dan lebih cemerlang dari tahun-tahun sebelumnya. In shaa Allah.

Dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan syabas kepada barisan Ahli Majlis yang mana sepanjang tahun 2021 telah memberikan seratus peratus kerjasama kepada saya dan anggota MDBG dalam menjayakan pelbagai program yang telah diaturkan. Kerjasama seperti ini amatlah saya hargai dan mohon ianya diteruskan lagi pada masa sekarang dan hari-hari seterusnya.

Dalam menangani cabaran yang bakal mendatang untuk tahun 2022, serta dalam rangka membina lebih banyak kejayaan yang membanggakan, teras kepada setiap kejayaan adalah komitmen, pengurusan yang cekap dan tenaga kerja yang berkualiti. Untuk itu, tahun 2022 kita harus masuk ke gerbang transformasi minda baharu selepas mengharungi detik sukar pasca pandemik Covid-19. Justeru itu, pengalaman, kejituan, dan disiplin yang tinggi dalam kalangan warga kerja MDBG harus dipertingkatkan lagi.  



Previous Post Next Post