Jawatan Kosong Terkini di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur - 26 Mei 2023

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur



Jawatan:


1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT(F29)


Ringkasan Bidang Tugas:

1. Bertanggungjawab membangunkan aplikasi sistem berasaskan web untuk kegunaan organisasi, memperkembangkan aplikasi sistem yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa dan memberikan latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna.

2. Bertanggungjawab dalam membantu membuat penyenggaraan Peralatan ICT dan peranti kelengkapan.

3. Menjalankan kerja-kerja berkaitan penyelenggaraan dan pembaikan perkakasan IT yang tidak dapat berfungsi.

4. Menjalankan kerja-kerja berkaitan pemasangan komputer dan komponen ICT dan membuat kerja-kerja berkaitan meningkat upaya komputer di KPBKL.

5. Bertanggungjawab dalam penyelenggaraan Aplikasi Pengkomputeran serta membuat kerja-kerja baikpulih dan instalasi perisian serta meningkat upaya sistem operasi dan aplikasinya.

6. Melaksanakan kerja-kerja peningkatan perisian ke versi terkini dan semasa serta menjalankan kerja-kerja mengimbas dan menghapuskan virus komputer.

7. Bertanggungjawab dalam operasi sistem, bertugas mengikut jadual tugasan dan piawai yang ditetapkan di Unit IT.

8. Memberi perkhidmatan tunggu sedia bagi majlis-majlis rasmi di KPBKL.

9. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Unit IT dari masa ke semasa.


Syarat Kelayakan Minimum:

1. Mempunyai Diploma dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denggannya.

2. Berpengetahuan dan berpengalaman dalam Front End Web Development serta mahir bahasa pengaturcaraan computer.

3. Mempunyai pengalaman dalam pembangunan dan penyelenggaraan aplikasi, pengetahuan teknikal yang kukuh tentang pelbagai jenis sistem dan aplikasi teknologi didalam Institusi Pendidikan.

4. Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

5. Warganegara Malaysia

6. Mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang mendalam mengenai perkakasan, peralatan dan sistem komputer serta mengikuti perkembangan teknologi maklumat terkini.

7. Kreatif, tekun dan sabar serta mempunyai semangat yang tinggi bekerja secara kumpulan.

8. Bersahsiah, bertanggungjawab serta beretika profesional.


Sebelum atau pada 26 Mei 2023 (Jumaat)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2022 di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

Follow Sosial Media Kami : Klik Sini

Latar Belakang

Bermatlamat untuk melahirkan profesional muslim dan seterusnya meningkatkan taraf ekonomi umat Islam. Institut Profesional Baitulmal(IPB) ditubuhkan pada 23 April 1992 hasil usaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) dan Yayasan Wilayah Persekutuan ( YWP ).

Memulakan operasinya di Wisma Awal, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur pada April 1992, IPB kemudiannya berpindah ke kampus tetap di Lot 1363, Jalan Perkasa, Off Jalan Kg. Pandan, Kuala Lumpur pada Jun 1996. Maka Bermulalah lembaran baru bagi IPB dalam merealisasikan misinya.
Previous Post Next Post