Jawatan Kosong Terkini di Lembaga Zakat Negeri Kedah - 20 Mei 2023

Lembaga Zakat Kedah dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan berikut:-



Jawatan:


1. PEGAWAI EKSEKUTIF GRED ZK7
BIDANG : KESELAMATAN SIBER

Minimum : RM2,400.00
Maksimum : RM9,500.00
Elaun : RM1,600.00


2. PEGAWAI EKSEKUTIF GRED ZK7
BIDANG : AUDIT DALAM DAN INTERGRITI

Minimum : RM2,400.00
Maksimum : RM9,500.00
Elaun : RM1,600.00


3. PEGAWAI EKSEKUTIF GRED ZK7
BIDANG : MEDIA DAN DIGITAL

Minimum : RM2,400.00
Maksimum : RRM9,500.00
Elaun : RM1,600.00


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan BORANG yang boleh didapati dalam LAMAN WEB https://www.zakatkedah.com.my

Pegawai LZNK yang sedang berkhidmat yang bertaraf tetap dan kontrak dipelawa untuk mengisi kekosongan bagi jawatan di atas.

Semua maklumat yang diberi di dalam borang permohonan hendaklah benar. Jika terdapat sebarang penipuan di dalam maklumat yang diberikan, permohonan akan dibatalkan serta merta dan nama pemohon akan disenarai hitamkan.

Semua permohonan hendaklah disertakan salinan dokumen-dokumen berikut bersama-sama permohonan :

a) Sekeping gambar terbaru berukuran passport
b) Kad pengenalan
c) Sijil pendaftaran kelahiran / Sijil lahir
d) Sijil berhenti sekolah
e) Sijil akademik (SPM/DIPLOMA/IJAZAH)

Borang permohonan yang diisi lengkap bersama-sama dengan salinan sijil-sijil dan dokumen yang berkaitan hendaklah:

a) Dikemukakan dengan menggunakan sampul surat dan dilekatkan dengan setem yang mencukupi (sekiranya dipos);

b) Dipenjuru atas sebelah kiri sampul berkenaan hendaklah ditulis dengan HURUF BESAR yang jelas NAMA JAWATAN YANG DIPOHON

Permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut sebelum atau pada tarikh tutup permohonan:-

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN
MENARA ZAKAT
JALAN TELOK WANJAH
05200 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN
(u/p: Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia)


Tarikh Tutup Permohonan : 20 Mei 2023 (Sabtu)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2022 di Lembaga Zakat Negeri Kedah

Follow Sosial Media Kami : Klik Sini

Asal Usul Zakat Di Negeri Kedah

Aktiviti zakat di dalam negeri Kedah ini sudah berjalan lebih daripada 60 tahun yakni sebelum wujudnya undang-undang atau enakmen kutipan zakat yang diluluskan oleh kerajaan negeri. Hal ini menunjukkan orang-orang dahulu sudah peka akan kewajipan berzakat yang menjadi salah satu rukun Islam.

Pada awalnya, zakat dikeluarkan mengikut kemahuan sendiri tanpa melibatkan pihak berkuasa iaitu ulil amri yang bertanggungjawab menjalankan kutipan zakat. Bagi mereka yang beriman pada ketika itu, solat dan zakat disempurnakan dengan baik yakni zakat dikeluarkan mengikut kadar yang diwajibkan. Namun, ada dikalangan penduduk pada masa itu turut mengeluarkan zakat tetapi tidak memenuhi tuntutan agama Islam. Zakat yang dikeluarkan pula hanya tertumpu kepada zakat padi semata-mata disebabkan fahaman mereka pada masa itu. Inilah situasi yang berlaku ketika itu. Pendek kata, zakat yang dikeluarkan pada masa itu mengikut tahap keimanan para petani.


Previous Post Next Post