Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih dari 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan bertaraf kontrak seperti berikut :
Jawatan:
1. EKSEKUTIF PEMASARAN
Gaji Ditawarkan : RM1,600.00 Sebulan
Insentif : Komisen Berdasarkan Prestasi
Ditempatkan di :
Akan ditempatkan di Pejabat Cawangan Raub
Tarikh tutup permohonan : 21 September 2023 (Khamis)
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Follow Sosial Media Kami : Klik Sini
Info Koporat
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.