HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia - 4 Julai 2024 [24 Kekosongan]

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia seperti berikut :-



Jawatan:


1. PENGAWAS HUTAN GRED G19
24 Kekosongan


Jadual Gaji:

Gaji Minimum : RM1,357.00
Gaji Maksimum : RM4,008.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  


a. Warganegara Malaysia; dan  


b. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  


c. (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada sekolah latihan perhutanan Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred G19: RM1,413.40) atau


(ii) SPM dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau institut latihan perhutanan Sabah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred G19: RM1,469.80)


Cara Memohon:

Permohonan jawatan ini hendaklah dibuat SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) dengan menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan Sektor Awam (SPA9) yang diperolehi melalui pautan link di bawah. Jika anda sudah pernah mengisi/mendaftar di SPA9, anda hanya perlu mengemaskini pilihan jawatan sahaja.


Tarikh tutup permohonan sebelum atau pada 04 Julai 2024 (Khamis) jam 11:59 malam


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia-MEHkerja

Latar Belakang

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) adalah salah satu jabatan di bawah Kementerian Sumber Asli Dan Kelestarian Alam dan terdiri daripada Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia, 11 Jabatan Perhutanan Negeri dan 33 Pejabat Hutan Daerah di seluruh Semenanjung Malaysia. Jabatan ini diketuai oleh Ketua Pengarah Perhutanan dan dibantu oleh dua Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan. Pada akhir tahun 2014, bilangan tenaga kerja adalah seramai 5,121 orang.

Previous Post Next Post