HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Jabatan Kimia Malaysia - 4 Julai 2024 [64 Kekosongan]

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Jabatan Kimia Malaysia seperti berikut :-



Jawatan:


1.PEMBANTU MAKMAL GRED C19
64 Kekosongan


Jadual Gaji:

Gaji Minimum : RM1,357.00
Gaji Maksimum : RM4,008.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00


Syarat Lantikan:


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  


a. warganegara Malaysia; dan  


b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  


c. (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek sains pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan pada Gred C19: RM1,357.00) atau


(ii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred C19: RM1,413.40) atau


(iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred C19: RM1,469.80)


Cara Memohon:


Permohonan jawatan ini hendaklah dibuat SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) dengan menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan Sektor Awam (SPA9i) yang diperolehi melalui pautan link di bawah. Jika anda sudah pernah mengisi/mendaftar di SPA9i, anda hanya perlu mengemaskini pilihan jawatan sahaja.


Tarikh tutup permohonan sebelum atau pada 04 Julai 2024 (Khamis) jam 11:59 malam


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini di Jabatan Kimia Malaysia-MEHkerjamy

Latar Belakang

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu. Pada awalnya, semasa penjajahan Inggeris, Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah Bersekutu Melayu ketika itu di bawah pentadbiran Inggeris. Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 telah dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat. Secara Rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan


Previous Post Next Post