Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengajak individu berasal daripada warganegara Malaysia lelaki dan wanita yang berusia tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun untuk bersama-sama menyertai PDRM bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :
Jawatan:
1. KONSTABEL POLIS ORANG ASLI GRED Y1 (LELAKI) AWAM TAHUN 2024
Tarikh Tutup Permohonan : 20 Disember 2024 (Rabu)
*Sila baca syarat kelayakkan dan maklumat lain melalui link di bawah sebelum memohon.
Sejarah
Sistem kepolisan yang moden dan sistematik di negara ini bermula dengan berkuat kuasanya ‘Charter of Justice’ di Pulau Pinang pada 25 Mac 1807. Piagam yang diperkenalkan oleh King George III itu telah memisahkan kuasa kehakiman daripada kuasa perundangan lalu membawa kepada penubuhan sebuah Pasukan Polis di negeri itu.
Menjelang awal abad ke-20 kesemua negeri di Tanah Melayu telah mentadbir Pasukan Polis sendiri, masing-masing dengan sejarah, tradisi dan peranan yang berbeza-beza. Hampir kesemua pasukan itu menjalankan fungsi separa tentera.