Lembaga Tabung Haji (TH) mempelawa calon-calon yang berkelayakan, bermotivasi dan kompeten untuk meneruskan perjalanan karier anda bersama kami.
Jawatan:
1. SENIOR MANAGER FRAUD INVESTIGATION AND MANAGEMENT (GRADE M4)
2. GROUP CHIEF INTERNAL AUDIT (GRADE M8)
3. PRACTICAL TRAINEES 2025
4. DEVELOPER
Tarikh tutup permohonan : 22 November - 2 Disember 2024
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Tentang kami
Tabung Haji (TH) ialah singkatan bagi “Lembaga Tabung Haji” atau LTH. Sebelum ini, TH dikenali sebagai “Lembaga Urusan dan Tabung Haji” atau LUTH di Malaysia yang berperanan untuk menguruskan perjalanan jemaah Haji dari Malaysia pergi ke Makkah pada setiap tahun. Bangunan ibu pejabat TH yang dikenali sebagai Menara TH Tun Razak, berlokasi di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, Malaysia. TH merupakan sebuah Institusi Kewangan yang sentiasa memastikan perjalanan operasi Haji berjalan lancar dan efisyen.