Jawatan Kosong Terkini di Jabatan Perkhidmatan Veterinar [26 Disember 2024]

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam jawatan seperti berikut :-




Jawatan:


KELULUSAN MINIMUM : IJAZAH SARJANA MUDA


1. PEGAWAI VETERINAR GRED GV9
51 Kekosongan


Sebelum atau pada 26 Disember 2024 (Khamis) 11:59 malam


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah



Jawatan Kosong Terkini di Jabatan Perkhidmatan Veterinar-MEHkerja

Latar Belakang

Asal-usul penubuhan JPV bermula dengan penubuhan Jabatan Veterinar seawal 1888, di Pulau Pinang dengan penempatan Doktor Veterinar bertauliah di Jabatan Perubatan. Tugas utama Doktor ketika itu ialah memeriksa ternakan yang diimport dari luar negara terutamanya Siam dan Kedah. Bagi melindungi Pulau Pinang daripada penyakit bawaan haiwan yang diimport ketika itu, sebuah pusat kuarantin telah dibina pada 1896 dan pusat ini merupakan pusat kuarantin yang pertama di Malaysia.

Perkhidmatan Veterinar mula berkembang di negeri-negeri lain dengan penubuhan Cawangan Veterinar di Jabatan Perubatan dengan penempatan Doktor Veterinar dan Pemeriksa Veterinar. Semua Perkhidmatan Veterinar berada di bawah bidang kuasa Ketua Pegawai Perubatan yang berpusat di Singapura sehingga 1930.

Previous Post Next Post